![]() |
Baka Abu Sayyaff Umur dalam 3 bulan Cenderakenangan daripada kawan. Ayam berasal dari Kiulu, Tamparuli. |
Jangan terlalu taksub dengan kekuatan ayam kita. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menjaga kesihatan dan memenuhi keperluan ayam-ayam yang kita pelihara. PERINGATAN: Sebarang bentuk penyeksaan dan perjudian adalah dilarang. Pemeliharaan ayam hanya sebagai hobi dan perkongsian ilmu kerana ayam merupakan seekor haiwan yang unik untuk ditafsirkan kemampuannya melalui struktur tubuh, bulu dan kemistikkan sisiknya.
Monday, 30 December 2013
Baka Abu Sayyaff
Wednesday, 25 December 2013
Kecil kecil cili api
Baka Siam
Umur dalam 6 bulan
Berat dalam 2.3kg
Jika matang mungkin mencecah 2.8kg sahaja.
Bubuk pertama sudah membutakan mata lawannya.
Guntut G3
Baka Bangkok
Umur dalam 9 bulan++
Berat dianggarkan boleh mencecah 3kg++
Jika umur panjang bakal beraksi di bon.
Thursday, 19 December 2013
Baka Telipen
Baka Telipen
Umur dalam 8 bulan
Bulu warna Burung Hantu (Kurik)
Bapa dari Penampang, Induk dari baka Sandakan.
Saturday, 14 December 2013
Jamu Stamina Ayam.
Kita harus menjaga stamina ayam kita yang sering kita latih setiap hari. Selain daripada makanan tambahan yang dibuat daripada bahan kimia kita juga boleh menyediakan makanan tambahan ini sendiri.
Maklumat ini juga saya perolehi dari sumber internet dan saya juga telah mengaplikasikannya. Ternyata ianya berkesan. Untuk berkongsi maklumat ini maka saya sertakan gambar agar lebih mudah difahami.
Peringatan;
Ketika meminumkan cairan ini kepada ayam, kita haruslah berhati-hati , jangan terlalu cepat kerana ia akan menyebabkan ayam anda mengorok. Oleh itu, minumkanlah sedikit demi sedikit sehingga habis.
Selamat mencuba. Ianya boleh diberikan setiap hari atau 3 hari sekali.
![]() |
Bahan yang digunakan adalah serbuk gula merah dan juga asam jawa. Semua orang mengenali bahan ini dan tidak sukar untuk mendapatkannya. |
![]() |
Inilah adunan yang sudah siap dan sedia untuk diminumkan kepada ayam kita tadi. |
Ketika meminumkan cairan ini kepada ayam, kita haruslah berhati-hati , jangan terlalu cepat kerana ia akan menyebabkan ayam anda mengorok. Oleh itu, minumkanlah sedikit demi sedikit sehingga habis.
Selamat mencuba. Ianya boleh diberikan setiap hari atau 3 hari sekali.
Mandian Ayam
![]() |
Kunyit dan Kapur Sirih |
![]() |
Kunyit yang telah dikisar dan serbuk kapur sirih |
![]() |
Adunan kunyit dengan kapur sirih dicampurkan dengan sedikit air. |
Peringatan:
Pastikan nisbah untuk kunyit dan kapur tidak sama. Sebaik- baiknya nisbah yang sesuai adalah 4:1 ( jika kunyit 4 sudu makan maka kapur 1 sudu makan sahaja).
Jika nisbahnya sama maka ayam kita jika dilumurkan dengan campuran ini tadi akan kelihatan seperti zombi atau orang yang pakai bedak sejuk.
Kelebihan mandian ini adalah untuk menebalkan kulit ayam agar ketika berlaga kuranglah luka-lukanya.
Keburukannya pula ialah jika mandian ini kita gunakan pada ayam, paruh ayam tadi pasti akan mengelupas. Ini adalah tindakbalas daripada kapur sirih tadi. Sebab itulah ayam-ayam saya semuanya botak untuk memudahkan melumurkan adunan ini tadi.
Kelebihan Kunyit ( curcuma domestica loir ).
Kunyit merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai rezom @ ubi. Ia biasa kita gunakan dalam masakan. Saya pasti semua orang kenal kunyit.
Terkadang kita terlepas pandang bahawa tanaman ini juga boleh digunakan untuk ayam laga. Salah satu kebaikannya ialah untuk mendinginkan suhu badan ayam yang panas. Ini memang pernah dicuba dan hasilnya terbukti.
Kedua, ia boleh mengubati mata ayam yang berair dan bengkak dengan menitiskan air perahan kunyit tersebut.
Ketiga, ia juga boleh menstabilkan sistem pencernaan ayam. Ketidakstabilan pencernaan dapat kita lihat melalui najisnya yang cair dan mengeluarkan bau yang sangat kuat.
Kunyit juga boleh digunakan untuk mengubati luka-luka selepas berlaga supaya luka tadi cepat kering dan sembuh . Jika luka tadi cepat sembuh maka ayam kita terhindar dari serangan kurap ayam.
Mudah-mudahan informasi ini boleh digunakan untuk kesihatan ayam sabung kita.
Friday, 13 December 2013
Telisan B1
Baka Telisan.
Umur dalam 3 bulan.
Bulu jenis burung hantu burik.
Tidak tau kenapa boleh jadi begini warnanya.
Thursday, 12 December 2013
Perkup Ayam
Ini adalah Perkup atau di Sabah panggil Tangkup ayam. Bahan yang digunakan adalah grill yang berukuran 1" × 2", cable tight , poly pipe dan hos.
Kos untuk Perkup @ Tangkup ni adalah RM 45.00 sahaja.
Buat sendiri lebih puas hati.

Reban Ayam
Inilah reban saya di mana ayam-ayam saya bersemayam. Kecil sahaja kerana kawasan yang terhad. Pemandangan ini diambil ketika hujan turun.
Pintu reban semuanya sliding.... bukan apa mahu menjimatkan kos membeli engsel... di dalam reban ini mempunyai 11 bilik bersaiz 2.5' × 2.5' sahaja untuk tujuan ayam berehat.
Ruangan di bawah pula adalah untuk ruang legar ayam bagi tujuan membibit atau berkipu (mandi pasir).

Kecubung
Pokok kecubung. Mungkin anda pernah mendengarnya. Mungkin anda juga tahu kegunaannya. Mungkin ada juga antara anda yang tidak mengetahuinya. Pelbagai kegunaannya. Boleh juga digunakan untuk tujuan menjahanamkan orang lain dengan menyatupadukannya bersama ilmu sihir.
Walau bagaimanapun, jangan kita bualkan yang boleh merosakkan orang lain, lebih baik kita bincangkan kebaikannya. Ini kisah benar, pernah ditempat saya satu kampung ayam-ayam mati diserang oleh sampar ayam . Tetapi yang menghairankan kami adalah ayam-ayam yang terdapat di rumah kawan ini tidak ada seekor pun ayamnya yang mati sedangkan ayam-ayam jiran-jirannya mati. Bila ditanya, rupa-rupanya kawan ini tadi ada menanam pokok kecubung, dipercayai ayam-ayam akan memakan daun-daun ini sebagai pencegah daripada terkena serangan tersebut.
Kalau difikir secara logik akal memang tidak logik. Tetapi memang terbukti, saya sendiri pun sudah menanamnya tetapi tumbuhan ini sangat susah untuk dibiakkan. Sudah banyak benihnya disemai tapi tidak menjadi. Yang ada inipun pemberian kawan. Rasa-rasanya yang berdarah sejuk saja mungkinnyang boleh menanamnya.
Tumbuhan ini tidak menyusahkan pun jika ditanam di sekeliling reban, selain daripada menjadi ubat ayam ia juga menjadi hiasan halaman sebab bunganya cantik apabila berkembang.
Mencuba adalah lebih baik daripada pasrah tanpa usaha.

Tumbuhan Herba
Mungkin anda pernah melihat tumbuhan ini. Namanya saya tidak pasti. Lain daerah lain namanya, di tempat saya dipanggil "Sambung Cina". Kegunaan tumbuhan ini adalah untuk ubat tinggi darah bagi orang. Daunnya pahit. Daunnya direbus dan airnya diminum.
Kebaikkannya untuk ayam pula adalah, ia boleh menyembuhkan leher ayam yang terkena kulat keputihan. Biasanya ayam yang terkena kulat putih ini akan mengorok dan juga kurang selera makan. Kemujaraban ubat ini memang terbukti dapat menyembuhkan ayam. Caranya ialah ambil pucuk daun yang muda dan dilumatkan dengan tangan sahaja kemudian masukkan ke dalam mulut ayam. Lakukan setiap hari. Selain dapat menyembuhkan leher ayam , ia juga boleh mencegah cacing di dalam badan ayam.
Selamat mencuba.

Belsi Plus
Belsi ( Belgium + Siam )
Umur dalam 1 bulan.
Bapanya menang 1 kali di Semporna dengan pasangan 3k sahaja.
Induk Siam
Inilah betina yang menjadi pengeluar produk untuk anak-anak ayam saya yang ada sekarang. Ini jugalah salah seekor betina yang dibiakkan dengan Belgium Brunei. Betina ini bersaiz kecil iaitu 2.2kg sahaja, tetapi anak-anak yang dihasilkan 3kg keatas.
Thursday, 5 September 2013
SISIK AYAM
Ini dipanggil Sisik Tapak dikalangan penternak ayam sabung. memang ramai yang memburu ayam yang bersisik tapak. Dalam gambar ini semua jari di bawahnya bersisik. Namun, ada juga yang satu jari saja bersisik, iaitu jari tengah. Ayam ini memang ada sedikit kelebihan. Memang terkenal, cuma kelebihannya belum dapat dibuktikan secara nyata. Ia hanya diceritakan secara mitos, pengalaman dan pengamatan serta kepercayaan.
Walaupun sisik tapak ini memang mempunyai kelebihan yang misteri. Tapi ia juga mempunyai kelemahan. Namun kita seharusnya tidak memberitahu orang lain dan tidak mempertontonkan sisik yang ada di tapak kaki ayam kita. Ini adalah kerana jika seseorang itu mengetahui akan kelemahan ayam ini maka ayam kita akan kehilangan pukulan dan hilang pukul bisanya.

Sunday, 18 August 2013
PERCAYA ATAU TIDAK PERLU CUBA
Saya pernah terbaca banyak maklumat tentang dunia perayaman. Salah satu yang menarik perhatian saya adalah mengenai stamina ayam.
Ramai yang menyatakan tentang latihan yang teratur akan meningkatkan stamina ayam. Itu memang betul dan tepat. Walau bagaimanapun, ada satu lagi maklumat untuk menambahkan stamina ayam adalah dengan memberikan ayam minuman tradisional iaitu gula merah dengan air asam jawa. Pada mulanya saya tidak mempercayainya.
Untuk membuktikan maklumat ini betul atau satu penipuan maka saya mengambil keputusan untuk mencubanya.
Keputusannya adalah memang memberikan kesan yang baik kerana saya cuba melagakan ayam sebelum diberikan gula merah dan air asam jawa dan juga melagakan selepas memberinya minum. Ternyata perbezaan pukulan dan stamina jelas kelihatan. Terima kasih pada admin yang memberikan maklumat ini.
Untuk membuktikan kebenarannya anda boleh mencubanya...

Saturday, 17 August 2013
KEPERCAYAAN PENTERNAK AYAM SABUNG
Para penternak ayam sabung pelbagai tentang ayam masing-masing sama ada dari turunan ayam , bulu, sisik dan termasuklah keganjilan ayam mereka.
Memang agak sukar untuk kita mentafsir ayam orang lain. Namun hanya kita saja yang tahu tentang ayam kita. Setelah kita cuba ayam kita dilagakan, di situlah penilaian kita terhadap ayam yang kita pelihara dari kecil sehinggalah boleh bertarung.
Apabila ayam dilagakan buat pertama kali di situ kita boleh nilai sama ada boleh pergi jauh atau akan terjun ke dalam kuali. Kalau saya, pertama sekali yang akan saya nilai adalah pukulannya. Apabila ayam memukul di mana ia akan memukul? Badan, leher , kepala atau pukul angin. Jika setiap pukulan yang dihayunkan oleh ayam tadi sentiasa kena pada badan, leher dan kepala, maka penilaian seterusnya adalah pada leher. Jika boleh biarlah leher ayam tadi melawan bukan mengalah. Berlainan dengan ayam yang memang kepala lincah. Namun harus diteliti juga ayam yang mainnya lincah tetapi kepala makin lama makin botak pun kurang baik juga, secara logiknya kepala ayam tadi kurang 'save'. Ada ayam kepala macam minta di pukul sahaja tapi yang menghairankan bulu dikepalanya tidak tercabut. Ini bermakna ayam tadi pandai menjaga kepalanya.
Seterusnya akan dinilai dari hati ayam tadi sama ada tahan atau tidak menerima pukulan. Jika terkena pukulan saraf dan ayam tadi terus lari lebih baik dijadikan sup sahaja kerana ayam yang dibawa ke gelanggang bukanlah ayam yang mudah untuk dilarikan.
Oleh itu ayam kita harus tahan memukul dan tahan dipukul.
Tidak semestinya ayam import sahaja yang boleh menang di gelanggang, ayam lokal juga boleh mengalahkan ayam import jika kita membuat pilihan dan penjagaan yang tepat.
Apa-apa pun setiap penternak punya pandangan yang berbeza. Saya menilai ayam berdasarkan pengalaman. Selamat mencuba untuk membuat penilaian terhadap ayam anda.
Peringatan: Ayam akan baik jika dari kecil kita jaga dengan baik.
Kekuatan pokok kayu adalah dari akar dan tunjangnya, kekuatan ayam adalah dari penjagaannya dari kecil hinggalah dewasa. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

Thursday, 27 June 2013
Musim Hujan Sudah Tiba.
Ketika inilah penyakit ayam akan datang menyerang ayam-ayam yang sihat. Perlukan vitamin atatau apa jua cara untuk memastikan ayam sihat. Ubat moden atau tradisional amat bermakna katika ini.
Saya lebih suka menggunakan cara tradisonal untuk mengelakkan ayam dari terpengaruh dengan bahan-bahan kimia. Walau bagaimanapun ubat moden juga diperlukan untuk penyakit yang kritikal.
Saturday, 22 June 2013
Cerita Tentang Sisik Ayam
"Tuah Ayam Nampak di Kaki" .
Ini sering menjadi persoalan para penternak ayam sabung sama ada benar atau tidak. Sebenarnya ia bergantung kepada kepercayaan seseorang. Ada orang kata sisik buta, sisik tak boleh taruhan besar dan macam macam lagi cerita dan sumber yang di perolehi dari dunia perayaman.
Thursday, 20 June 2013
Bahan Membuat Jamu Ayam
Ada beberapa bahan untuk membuat jamu ayam, tetapi belum dapat dipastikan hasilnya kerana bahan-bahan ini juga didapati dari internet.Belum pernah dicuba lagi. Masih dalam proses mencari bahan bahannya.
1. Halia
2. Cekur
3. Bawang putih
4. Limau nipis
5. Serbuk kopi
6. Madu asli
7. Merica ( ini yang saya tak tahu apa benda ni dalam bahasa melayu)
Saya akan mencuba bahan bahan ini untuk jamu ayam, jika ianya menghasilkan keputusan yang memuaskan , saya pasti akan memberitahunya kelak. Tunggu laporan saya kelak.
Jika ada rakan rakan yang pernah mencubanya sila maklumkan kepada saya. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Monday, 3 June 2013
PERTARUNGAN ADIK BERADIK MEREBUT JUARA ( GENERASI Y )
Tuesday, 28 May 2013
Macam-macam tentang Ayam Laga
Maklumat ini tidak tepat 100% , hanya sekadar bahan bacaan dan sebagai rujukan sahaja. Kemaafan dipinta atas sebarang kesulitan dan ketidaktepatan maklumat ini.
1. Balung Ayam:
Balun Ayam yang besar menandakan permainan ayam agak lambat , manakala balung yang kecil menunjukan teknik yang lebih lincah.
2. Kulit muka:
Kulit muka tebal berkedut-kedut ( seperti muka ayam tua ) menandakan tekniknya yang lambat tetapi lebih tahan menerima pukulan.
Kulit muka yang lembut dan nipis ( seperti muka ayam muda ) menandakan ayam lebih lincah tetapi tidak tahan menerima pukulan.
3. Bentuk kepala
Bentuk kepala yang besar menunjukkan ayam kurang bijak, biasanya ia suka menerima pukulan dan kurang mengelak apabila dipukul.
Bentuk kepala yang lebih kecil boleh dikatakan cerdik dan pandai mengelak setiap kali bertarung.
4. Leher dan Kedudukan Badan
- Tulang leher yang besar mencirikan ayam dari jenis yang bertarung yang tidak menjaga jarak dengan lawannya dan bukan dari jenis yang menolak atau jenis rapat. Ayam yang lehernya lebih kecil besar kemungkinan akan bermain rapat, angkul dan menyelit kiri kanan leher serta masuk sayap kiri dan kanan.
- Bentuk badan ayam yang berdiri tegap menandakan ayam bermain di atas.
- Badan yang sedikit membongkok menandakan ayam lebih banyak bermain di bawah.
5. Tulang dada
- Tulang dada panjang menandakan ayam memiliki daya tahan pukul yg baik, pukulan lebih kuat, tapi kurang mampu memukul dalam posisi yang rapat.
- Tulang dada pendek memiliki pukulan yang lengkap dan tepat tapi tidak dapat menahan lama pukulan lawan.
6. Paha
- Jarak kedua paha yg lebar (sama dengan atau lebih besar dari telapak tangan yg dimasukan diantaranya) menandakan pukulan yang kuat. Terlalu lebar pula kurang baik dan kurang tepat pukulannya.
- Jarak kedua paha yg lebih rapat menandakan pukulan yg cepat . Terlalu sempit pukulan tidak sakit.
- Paha yang berbentuk seperti paha belalang memiliki kekuatan dan mempunyai pukulan yang baik dan konsisten.
- Paha yang bulat menandakan pukulan kurang tepat dan semakin lama pertarungan akan semakin kurang kekuatan pukulannya.

Ciri - Ciri Ayam Petarung
Pengenalan :
Ayam Aduan adalah ayam jantan dewasa
yang dilatih dan dipelihara khusus untuk dibawa ke dalam arena pertarungan.
Mutu ayam petarung ditentukan oleh Gaya Pertarungannya dan struktur Tulangnya. Bukan keaslian
bibit atau keturunannya yang menentukannya, ini terbukti kerana setiap bapa ayam dengan anaknya tidak akan sama bentuk fizikalnya sama ada daripada sisiknya, bulunya, corak pertarungannya, kekuatan pukulannya dan ketepatan pukulannya. Pasti ada perbezaannya .Struktur tulang adalah berkait rapat dengan semangat bertarung dan daya tahan yang
tinggi terhadap pukulan lawan. Jika ruas tulangnya kecil, ia tidak akan dapat menahan pukulan lawan dalam jangka masa yang lama.
Ayam Aduan yang bagus memiliki semangat dan daya
tarung yang tinggi, bentuk tubuhnya mantap. Ketika bertarung harus menunjukkan
semangat juang yang tinggi (ganas) dan keberanian yang pantang menyerah , tahan sakit dan tahan hati.
Sewaktu bertarung pandai sekali mencari dan mengambil posisi yang baik
untuk melancarkan pukulan. sewaktu diserang, ia pandai mengelak
pukulan lawannya, tanpa mengabaikan kawalan sambil mencari posisi yang baik untuk
melancarkan serang balas.
Ciri-ciri
ayam aduan yang baik secara umum yang perlu diperhatikan adalah:
1.
BENTUK
BADAN:
Bentuk badan
yang sesuai adalah panjang (lebih daripada satu jengkal dari pangkal leher ke pangkal ekornya),
cara berdiri tegak dan tegap iaitu dari ujung
membentuk sudut 60 darjah dan posisi lutut sedikit menekuk ke
belakang.
2.
BENTUK
TULANG:
Tulang agak
besar, kuat, keras dan rapat. Tulang pangkal sayap besar dan bentuk dadanya
bidang. Tulang pangkal leher, tulang sumpit kloaka ( dubur) rapat. Brutu besar dan
rapat dengan punggung.
3.
BENTUK
KEPALA:
Kepala bulat
berbentuk pinang. mata masuk ke dalam, sipit, dan pancaran sinar matanya
jernih. tulang alisnya tebal, menonjol keluar.. muka tebal Paruh berparit
(ndekok " jawa) dari lubang hidung ke arah muka.
4.
BENTUK
KAKI:
Kaki
panjang, paha seperti paha belalang iaitu rata bahagian dalam, jari kaki kecil, panjang dan mekar.
5.
BENTUK
DAN WARNA BULU:
Setiap orang yang menternak ayam laga mempunyai kepercayaan sendiri. Tidak perlu untuk diceritakan lebih . Walau bagaimanapun, sedikit perkongsian ilmu, adalah lebih baik jika bulu sayapnya panjang dan lebar. Tidak terlalu keras kerana ia mudah patah. Ada yang menganggap bahawa bulu mempunyai keistimewaan mengikut waktu ia bertarung ( pagi , tengah hari atau petang ). Hanya mereka yang arif tentang ini yang boleh mentafsirkannya. Cara Memandikan Ayam ketika Di Gelanggang
Berikut cara memandikan ayam sebelum bertarung.
(Sumber bahan bacaan ini diperolehi dari internet dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia agar mudah difahami).
* Sebelum memandikan ayam , keluarkan lendir yang terdapat di dalam lehernya terlebih dahulu dengan memasukkan bulu ayam sambil diputar-putarkan sehinggalah
kerongkongnya bersih dari lender.
* Jangan memberikan air minum yang berlebihan kerana
akan mengakibatkan ayam tadi akan muntah ketika bertarung dan pastikan air tidak masuk ke dalam hidung ayam untuk mengelakkan masalah pernafasan.
* Basahkan bahagian kepala, dada, leher, bahagian bawah ketiak dan
bahagian atas atau pangkal sayap (bahagian lurah pangkal leher) sampai pada bahagian dubur(kloaka) dan paha. Cuba elakkan daripada membasahkan bahagian sayap. Mandikan ayam sehingga basah kuyup tetapi elakkan daripada menggigil terlalu lama. Selepas itu keringkan untuk memudahkan pergerakkan ayam ketika bertarung.

* Pada pusingan ke-2 dan seterusnya, ayam jangan dulu diberi minum atau
dikeluarkan lendirnya kerana ia terlalu penat dan boleh memberikan impak yang tidak dijangka seperti mengorok . Mandikan ayam seperti diatas tetapi jangan terlalu basah kuyup kerana tenaga ayam semakin berkurangan. Cukup sekadar menghilangkan kepenatan dan kepanasan badannya. Setelah semuanta selesai barulah keluarkan lendir di lehernya dan berikan air minum dalam kuantiti yang sesuai kerana pusingan yang berikutnya ia akan minum lagi.

* Walau
bagaimanapun, kita juga harus melihat pada
kondisi ayam setelah bertarung dalam
setiap pusingan . Jika ayam mengalami
banyak kecederaan pada bahagian kepala atau badan sama ada terkena taji lawan atau paruh ayam , maka seelok-eloknya
jangan dibasahi dengan air, cukup sekadar mengelapnya dengan kain yang lembab
untuk mengelakkan kepedihan akibat luka tersebut.
" Apa-apa pun ini hanyalah sekadar perkongsian
ilmu. Bak kata orang ;
" Lain ulu, lain parangnya; Lain orang, lain
caranya".
Saturday, 9 March 2013
Analisis Pertarungan
Sedikit demi sedikit saya mempercayai apa yang dimaksudkan oleh para penternak ayam sabung iaitu "Ayam hanya akan kalah dengan ayam". Memang benar kenyataan ini, sebaik manapun ayam kita, sekuat mana pun ayam kita dan seusaha manapun kita menjaga ayam kita, jika ia bertemu dengan lawannya yang juga cukup baik corak pertarungannya, semua pukulan KO susah untuk dikeluarkan. Hanya kesilapan musuh sahaja yang boleh diamhil peluang. Tidak banyak ayam yang mempunyai keistimewaan mengeluarkan pukulan KO dalam posisi yang sukar.
Apa yang mampu dibuat oleh penternak hanyalah memastikan ayam petarungnya sentiasa siap sedia dengan stamina, kesihatan dan diet badan yang seimbang.
Saya masih lagi menganalisis latihan dalam proses training yang betul dan masa rehat yang tepat serta pengambilan vitamin yang sesuai sebelum diturunkan ke arena pertarungan. Ini adalah dari pemerhatian dan pengalaman. Saat dalam latihan pukulan ayam cukup bagus, stamina bagus dan lincah. Namun dalam pertarungan sebenar berbeza daripada latihan. Di mana silapnya masih belum diketahui.
Masalah ini akan cuba dirungkai untuk mengenal pasti puncanya.

Friday, 1 March 2013
LATIHAN AYAM
Sunday, 24 February 2013
Senaman ayam (Sumber Youtube)
Video ini adalah sumber yang diambil dari internet (Youtube). Saya ambil ini sebagai panduan saya sendiri dan para peminat ayam sabung. Hanya keyakinan dan kesabaran yang akan membuat ayam kita bertuah. Walau bagaimanapun, harus diingat juga "yang bertarung adalah ayam, yang mengetahui kekuatan lawannya juga ayam, yang merasai kesakitan bertarung juga ayam. Oleh itu, kita harus bersedia menerima apa juga yang terjadi. Jangan sampai kemenangan menjadikan keriakkan dan kekalahan sebagai kekecewaan. Kalah menang ayam bergantung kepada nasib, kepercayaan , keyakinan dan usaha sebelum bertarung." Lain parang , lain ulunya; lain orang lain caranya. Jangan ikut cara orang lain jika tak sesuai dengan cara kita kerana hanya kita yang mengenali ayam kita sendiri. Peliharalah ayam anda sebaik mungkin kerana percayalah ia akan memberikan yang terbaik untuk anda, jangan sia-siakan. TERIMA KASIH kepada mereka yang memuat naik video ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)