Pages

Friday 25 January 2013

Tips Pemakanan Anak Ayam

Saya pernah mencari maklumat tentang pemakanan dari anak lagi. Saya cuba mengaplikasikannya dan maklumat itu memang benar. Oleh itu , saya ingin berkongsi dengan anda semua .

1.  Baja kelabu + baja kuning + susu.
Gaulkan kesemuanya mengikut nisbah 3:2:1.b  Campurkan dengan sedikit air sehingga boleh di bulatkan.

Tujuanya untuk memberikan makanan yang seimbang untuk anak ayam agar pertumbuhan badannya lebih baik dan sempurna. Tulang dan otot lebih baik.
Pemberian air yang cukup juga penting. Kalau saya biasanya air akan saya campurkan dengan sedikit campuran serbuk pembasmi cacing untuk mengelakkan gangguan sistem dalam badan ayam itu sendiri.
Kebiasaan yang saya buat ialah saya tidak akan membiarkan anak ayam tersebut bebas mencari makan, sebaliknya ia akan dipelihara di dalam reban dalam tempoh lebih kurang 2hingga 3 bulan. Selepas itu barulah dibiasakan lepas bebas secara berperingkat. Tidak boleh bebas terus kerana ia akan menyebabkan anak ayam itu stress dan akan menyebabkan kesihatannya terjejas.