Pages

Sunday 24 February 2013

Senaman ayam (Sumber Youtube)

 
 
 
 
 
 
Video ini adalah sumber yang diambil dari internet (Youtube). Saya ambil ini sebagai panduan saya sendiri dan para peminat ayam sabung. Hanya keyakinan dan kesabaran yang akan membuat ayam kita bertuah. Walau bagaimanapun, harus diingat juga "yang bertarung adalah ayam, yang mengetahui kekuatan lawannya juga ayam, yang merasai kesakitan bertarung juga ayam. Oleh itu, kita harus bersedia menerima apa juga yang terjadi. Jangan sampai kemenangan menjadikan keriakkan dan kekalahan sebagai kekecewaan. Kalah menang ayam bergantung kepada nasib, kepercayaan , keyakinan dan usaha sebelum bertarung." Lain parang , lain ulunya; lain orang lain caranya. Jangan ikut cara orang lain jika tak sesuai dengan cara kita kerana hanya kita yang mengenali ayam kita sendiri. Peliharalah ayam anda sebaik mungkin kerana percayalah ia akan memberikan yang terbaik untuk anda, jangan sia-siakan. TERIMA KASIH kepada mereka yang memuat naik video ini.

Saturday 9 February 2013

Pemilihan Ayam Sabung

Setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat sendiri tentang pemilihan ayam sabung. Ini adalah kerana ia bergantung kepada pengalaman masing-masing sepanjang pengelibatan mereka dalam arena penternakan ini.
Saya juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap pemilihan ayam sabung ini. Sebenarnya pemilihan ini adalah sangat subjektif dan bukanlah fakta wajib.
Pada saya, seelok mana pun struktur fizikal ayam itu, belum tentu menjamin kemenangan. Ini adalah kerana kita harus meneliti daripada pelbagai sudut. Contohnya, corak pertarunganya. Kelincahan bukan bermakna boleh terhindar dari dipukul oleh musuh.     Kadang-kadang lincah bermain 
tetapi bahagian kepalanya botak(tercabut bulu ketika bertarung). Ada ayam corak tarung biasa saja tapi bulunya tetap cantik.
Dari segi pukulan pula, ada ayam memukul seperti bambu pecah tetapi kondisi musuh tidak berubah. Namun, ada ayam yang memukul tapi bunyinya seperti tidak akan mengoyakkan tisu . Walaupun begitu, musuh seperti mabuk, pening dan tak tentu arah yang mungkin boleh menyebabkan buta celik. Kalau saya, secara peribadi saya melihat dan menilai ayam tersebut selepas diuji untuk kali pertama diusia 5 hingga 6 bulan. Mungkin pandangan kita berbeza. Tapi dari pemerhatian saya, jika ujian pertama corak tarung, ketepatan pukulan, kadar kecederaannya serta ketahanannya akan berlarutan sehingga dewasa. Kepala kecil tak bererti lincah dan kepala besar tak bererti lambat. Ianya bergantung daripada keturunannya. Walau bagaimanapun daripada 10 ekor anak , tak semuanya baik. Ibarat manusia juga , kembar seiras tetapi tetap berbeza dari segi perwatakan dan sifatnya. Ayam pun begitu, 70 peratus saya yakini hal ini berlaku. Tetapi ini pandangan saya dan mungkin ini disebabkan faktor ayam saya yang tak baik bakanya. Saya hanya akan memilih ayam yang boleh memukul dari pelbagai sudut . Boleh mengutip kepala bawah atau atas. Pukulan pada bahagian leher dan kepala. Memang agak susah untuk mendapatkan ayam sebaik ini. Kita harus bersabar dan prinsip saya adalah buang yg tak boleh guna. Jual kilo atau sup ayam. Apa apa pun bergantung pada indivudu itu sendiri untuk memastikan yang terbaik pada ternakan mereka. SELAMAT MENTERNAK SEBAGAI HOBI br />