Pages

Monday 30 December 2013

Baka Abu Sayyaff

Baka Abu Sayyaff
Umur dalam 3 bulan
Cenderakenangan daripada kawan.
Ayam berasal dari Kiulu, Tamparuli.

Wednesday 25 December 2013

Kecil kecil cili api

Baka Siam
Umur dalam 6 bulan
Berat dalam 2.3kg 
Jika matang mungkin mencecah 2.8kg sahaja.
Bubuk pertama sudah membutakan mata lawannya.

Guntut G3

Baka Bangkok
Umur dalam 9 bulan++
Berat dianggarkan boleh mencecah 3kg++
Jika umur panjang bakal beraksi di bon.


Thursday 19 December 2013

Pembaka berasal dari Penampang
Masih sihat dan boleh menurunkan baka.
Sekarang ini masih sulam bulu.

Baka Telipen

Baka Telipen
Umur dalam 8 bulan
Bulu warna Burung Hantu (Kurik)
Bapa dari Penampang, Induk dari baka Sandakan.

Saturday 14 December 2013

Jamu Stamina Ayam.

Kita harus menjaga stamina ayam kita yang sering kita latih setiap hari. Selain daripada makanan tambahan yang dibuat daripada bahan kimia kita juga boleh menyediakan makanan tambahan ini sendiri.

Maklumat ini juga saya perolehi dari sumber internet dan saya juga telah mengaplikasikannya. Ternyata ianya berkesan. Untuk berkongsi maklumat ini maka saya sertakan gambar agar lebih mudah difahami.
Bahan yang digunakan adalah serbuk gula merah dan juga asam jawa. Semua orang mengenali bahan ini dan tidak sukar untuk mendapatkannya.
Ini adalah nisbah antara serbuk gula merah dengan asam jawa.  Nisbah ini adalah untuk seekor ayam sahaja. Jika jumlah ayam lebih daripada 1 ekor maka nisbahnya juga berbeza. Maka anda haruslah menyesuaikannya, terlebih sikit pun tidak apa . Ia tidak akan menjejaskan pun ayam-ayam tersebut.
Inilah adunan  yang sudah siap dan sedia untuk diminumkan kepada ayam kita tadi. 
Peringatan;
Ketika meminumkan cairan ini kepada ayam, kita haruslah berhati-hati , jangan terlalu cepat kerana ia akan menyebabkan ayam anda mengorok. Oleh itu, minumkanlah sedikit demi sedikit sehingga habis.

Selamat mencuba. Ianya boleh diberikan setiap hari atau 3 hari sekali.

Mandian Ayam

Bahan-bahan yang kita perlukan ialah;
Kunyit dan Kapur Sirih

Kunyit yang telah dikisar dan serbuk kapur sirih
Ini pula bahan yang sudah siap diadun.
Adunan kunyit dengan kapur sirih dicampurkan dengan sedikit air.

Peringatan:
Pastikan nisbah untuk kunyit dan kapur tidak sama. Sebaik- baiknya nisbah yang sesuai adalah 4:1 ( jika kunyit 4 sudu makan maka kapur 1 sudu makan sahaja).
Jika nisbahnya sama maka ayam kita jika dilumurkan dengan campuran ini tadi akan kelihatan seperti zombi atau orang yang pakai bedak sejuk.

Kelebihan mandian ini adalah untuk menebalkan kulit ayam agar ketika berlaga kuranglah luka-lukanya.

Keburukannya pula ialah jika mandian ini kita gunakan pada ayam, paruh ayam tadi pasti akan mengelupas. Ini adalah  tindakbalas daripada kapur sirih tadi. Sebab itulah ayam-ayam saya semuanya botak untuk memudahkan melumurkan adunan ini tadi.

Kelebihan Kunyit ( curcuma domestica loir ).




Kunyit merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai rezom @ ubi. Ia biasa kita gunakan dalam masakan. Saya pasti semua orang kenal kunyit.

Terkadang kita terlepas pandang bahawa tanaman ini juga boleh digunakan untuk ayam laga. Salah satu kebaikannya ialah untuk mendinginkan suhu badan ayam yang panas. Ini memang pernah dicuba dan hasilnya terbukti.

Kedua, ia boleh mengubati mata ayam yang berair dan bengkak dengan menitiskan air perahan kunyit tersebut.

Ketiga, ia juga boleh menstabilkan sistem pencernaan ayam. Ketidakstabilan pencernaan dapat kita lihat melalui najisnya yang cair dan mengeluarkan bau yang sangat kuat.

Kunyit juga boleh digunakan untuk mengubati luka-luka selepas berlaga supaya luka tadi cepat kering dan sembuh . Jika luka tadi cepat sembuh maka ayam kita terhindar dari serangan kurap ayam.

Mudah-mudahan informasi ini boleh digunakan untuk kesihatan ayam sabung kita.

Friday 13 December 2013

Telisan B1

Baka Telisan.
Umur 3 bulan.
Bulu warna burung hantu tembaga.

Telisan B1

Baka Telisan.
Umur dalam 3 bulan.
Bulu jenis burung hantu burik.
Tidak tau kenapa boleh jadi begini warnanya.

Thursday 12 December 2013

Perkup Ayam

Ini adalah Perkup atau di Sabah panggil Tangkup ayam. Bahan yang digunakan adalah grill yang berukuran 1" × 2", cable tight , poly pipe dan hos.
Kos untuk Perkup @ Tangkup ni adalah RM 45.00 sahaja.

Buat sendiri lebih puas hati.

Reban Ayam

Inilah reban saya di mana ayam-ayam saya bersemayam. Kecil sahaja kerana kawasan yang terhad. Pemandangan ini diambil ketika hujan turun.

Pintu reban semuanya sliding.... bukan apa mahu menjimatkan kos membeli engsel... di dalam reban ini mempunyai 11 bilik bersaiz 2.5' × 2.5' sahaja untuk tujuan ayam berehat.

Ruangan di bawah pula adalah untuk ruang legar ayam bagi tujuan membibit atau berkipu (mandi pasir).

Kecubung

Pokok kecubung. Mungkin anda pernah mendengarnya. Mungkin anda juga tahu kegunaannya. Mungkin ada juga antara anda yang tidak mengetahuinya. Pelbagai kegunaannya. Boleh juga digunakan untuk tujuan menjahanamkan orang lain dengan menyatupadukannya bersama ilmu sihir.

Walau bagaimanapun, jangan kita bualkan yang boleh merosakkan orang lain, lebih baik kita bincangkan kebaikannya. Ini kisah benar, pernah ditempat saya satu kampung ayam-ayam mati diserang oleh sampar ayam . Tetapi yang menghairankan kami adalah ayam-ayam yang terdapat di rumah kawan ini tidak ada seekor pun ayamnya yang mati sedangkan ayam-ayam jiran-jirannya mati. Bila ditanya, rupa-rupanya kawan ini tadi ada menanam pokok kecubung, dipercayai ayam-ayam akan memakan daun-daun ini sebagai pencegah daripada terkena serangan tersebut.

Kalau difikir secara logik akal memang tidak logik. Tetapi memang terbukti, saya sendiri pun sudah menanamnya tetapi tumbuhan ini sangat susah untuk dibiakkan. Sudah banyak benihnya disemai tapi tidak menjadi. Yang ada inipun pemberian kawan. Rasa-rasanya yang berdarah sejuk saja mungkinnyang boleh menanamnya.

Tumbuhan ini tidak menyusahkan pun jika ditanam di sekeliling reban, selain daripada menjadi ubat ayam ia juga menjadi hiasan halaman sebab bunganya cantik apabila berkembang.

Mencuba adalah lebih baik daripada pasrah tanpa usaha.

Tumbuhan Herba

Mungkin anda pernah melihat tumbuhan ini. Namanya saya tidak pasti. Lain daerah lain namanya, di tempat saya dipanggil "Sambung Cina". Kegunaan tumbuhan ini adalah untuk ubat tinggi darah bagi orang. Daunnya pahit. Daunnya direbus dan airnya diminum.

Kebaikkannya untuk ayam pula adalah, ia boleh menyembuhkan leher ayam yang terkena kulat keputihan. Biasanya ayam yang terkena kulat putih ini akan mengorok dan juga kurang selera makan. Kemujaraban ubat ini memang terbukti dapat menyembuhkan ayam. Caranya ialah ambil pucuk daun yang muda dan dilumatkan dengan tangan sahaja kemudian masukkan ke dalam mulut ayam. Lakukan setiap hari. Selain dapat menyembuhkan leher ayam , ia juga boleh mencegah cacing di dalam badan ayam.

Selamat mencuba.

Burma Tembak

Burma Tembak
Umur dalam 6 bulan.
Berat 2.2kg
Baru mula belajar bertelur.

Baka Vietnam

Induk berdarah Vietnam balung angsa.
Umur dalam 5 bulan.
Berat 2.2kg.

Siam

Siam Janggut.
Umur dalam 6 bulan.
Berat 2.5kg.

Belsi Plus

Belsi ( Belgium + Siam )
Umur dalam 1 bulan.
Bapanya menang 1 kali di Semporna dengan pasangan 3k sahaja.

Telisan B1

Siam Telisan.
Umur dalam 3 bulan.
Bapanya menang 1 kali.

4D

4D ( Pakhoy + Burma + Siam + Shamo )
Umur dalam 8 bulan.
Berat 2.8kg.

Siam

Siam Temiang.
Umur dalam 6 bulan.
Berat sekarang 2.4kg.

Pakhoy LD

Pakhoy Temiang .
Umur dalam 5 bulan.
Berat dalam 2.8kg.

Induk Siam


Inilah betina yang menjadi pengeluar produk untuk anak-anak ayam saya yang ada sekarang. Ini jugalah salah seekor betina yang dibiakkan dengan Belgium Brunei. Betina ini bersaiz kecil iaitu 2.2kg sahaja, tetapi anak-anak yang dihasilkan 3kg keatas. 

Thursday 5 September 2013

SISIK AYAM

Ini dipanggil Sisik Tapak dikalangan penternak ayam sabung. memang ramai yang memburu ayam yang bersisik tapak. Dalam gambar ini semua jari di bawahnya bersisik. Namun, ada juga yang satu jari saja bersisik, iaitu jari tengah. Ayam ini memang ada sedikit kelebihan. Memang terkenal, cuma kelebihannya belum dapat dibuktikan secara nyata. Ia hanya diceritakan secara mitos, pengalaman dan pengamatan serta kepercayaan.

Walaupun sisik tapak ini memang mempunyai kelebihan yang misteri. Tapi ia juga mempunyai kelemahan. Namun kita seharusnya tidak memberitahu orang lain dan tidak mempertontonkan sisik yang ada di tapak kaki ayam kita. Ini adalah kerana jika seseorang itu mengetahui akan kelemahan ayam ini maka ayam kita akan kehilangan pukulan dan hilang pukul bisanya.

Sunday 18 August 2013

PERCAYA ATAU TIDAK PERLU CUBA

Saya pernah terbaca banyak maklumat tentang dunia perayaman. Salah satu yang menarik perhatian saya adalah mengenai stamina ayam.

Ramai yang menyatakan tentang latihan yang teratur akan meningkatkan stamina ayam. Itu memang betul dan tepat. Walau bagaimanapun, ada satu lagi maklumat untuk menambahkan stamina ayam adalah dengan memberikan ayam minuman tradisional iaitu gula merah dengan air asam jawa. Pada mulanya saya tidak mempercayainya.

Untuk membuktikan maklumat ini betul atau satu penipuan maka saya mengambil keputusan untuk mencubanya.
Keputusannya adalah memang memberikan kesan yang baik kerana saya cuba melagakan ayam sebelum diberikan gula merah dan air asam jawa dan juga melagakan selepas memberinya minum. Ternyata perbezaan pukulan dan stamina jelas kelihatan. Terima kasih pada admin yang memberikan maklumat ini.

Untuk membuktikan kebenarannya anda boleh mencubanya...

Saturday 17 August 2013

KEPERCAYAAN PENTERNAK AYAM SABUNG

Para penternak ayam sabung pelbagai tentang ayam masing-masing sama ada dari turunan ayam , bulu, sisik dan termasuklah keganjilan ayam mereka.

Memang agak sukar untuk kita mentafsir ayam orang lain. Namun hanya kita saja yang tahu tentang ayam kita. Setelah kita cuba ayam kita dilagakan, di situlah penilaian kita terhadap ayam yang kita pelihara dari kecil sehinggalah boleh bertarung.

Apabila ayam dilagakan buat pertama kali di situ kita boleh nilai sama ada boleh pergi jauh atau akan terjun ke dalam kuali. Kalau saya, pertama sekali yang akan saya nilai adalah pukulannya. Apabila ayam memukul di mana ia akan memukul? Badan, leher , kepala atau pukul angin. Jika setiap pukulan yang dihayunkan oleh ayam tadi sentiasa kena pada badan, leher dan kepala, maka penilaian seterusnya adalah pada leher. Jika boleh biarlah leher ayam tadi melawan bukan mengalah. Berlainan dengan ayam yang memang kepala lincah. Namun harus diteliti juga ayam yang mainnya lincah tetapi kepala makin lama makin botak pun kurang baik juga, secara logiknya kepala ayam tadi kurang 'save'. Ada ayam kepala macam minta di pukul sahaja tapi yang menghairankan bulu dikepalanya tidak tercabut. Ini bermakna ayam tadi pandai menjaga kepalanya.

Seterusnya akan dinilai dari hati ayam tadi sama ada tahan atau tidak menerima pukulan. Jika terkena pukulan saraf dan ayam tadi terus lari lebih baik dijadikan sup sahaja kerana ayam yang dibawa ke gelanggang bukanlah ayam yang mudah untuk dilarikan.
Oleh itu ayam kita harus tahan memukul dan tahan dipukul.

Tidak semestinya ayam import sahaja yang boleh menang di gelanggang, ayam lokal juga boleh mengalahkan ayam import jika kita membuat pilihan dan penjagaan yang tepat.

Apa-apa pun setiap penternak punya pandangan yang berbeza. Saya menilai ayam berdasarkan pengalaman. Selamat mencuba untuk membuat penilaian terhadap ayam anda.

Peringatan: Ayam akan baik jika dari kecil kita jaga dengan baik.
Kekuatan pokok kayu adalah dari akar dan tunjangnya, kekuatan ayam adalah dari penjagaannya dari kecil hinggalah dewasa. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

Thursday 27 June 2013

Musim Hujan Sudah Tiba.

Ketika inilah penyakit ayam akan datang menyerang ayam-ayam yang sihat. Perlukan vitamin atatau apa jua cara untuk memastikan ayam sihat. Ubat moden atau tradisional amat bermakna katika ini. Saya lebih suka menggunakan cara tradisonal untuk mengelakkan ayam dari terpengaruh dengan bahan-bahan kimia. Walau bagaimanapun ubat moden juga diperlukan untuk penyakit yang kritikal.

Saturday 22 June 2013

Cerita Tentang Sisik Ayam

"Tuah Ayam Nampak di Kaki" . Ini sering menjadi persoalan para penternak ayam sabung sama ada benar atau tidak. Sebenarnya ia bergantung kepada kepercayaan seseorang. Ada orang kata sisik buta, sisik tak boleh taruhan besar dan macam macam lagi cerita dan sumber yang di perolehi dari dunia perayaman.

Thursday 20 June 2013

Bahan Membuat Jamu Ayam

Ada beberapa bahan untuk membuat jamu ayam, tetapi belum dapat dipastikan hasilnya kerana bahan-bahan ini juga didapati dari internet.Belum pernah dicuba lagi. Masih dalam proses mencari bahan bahannya.

1. Halia
2. Cekur
3. Bawang putih
4. Limau nipis
5. Serbuk kopi
6. Madu asli
7. Merica ( ini yang saya tak tahu apa benda ni dalam bahasa melayu)

Saya akan mencuba bahan bahan ini untuk jamu ayam, jika ianya menghasilkan keputusan yang memuaskan , saya pasti akan memberitahunya kelak. Tunggu laporan saya kelak.

Jika ada rakan rakan yang pernah mencubanya sila maklumkan kepada saya. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Monday 3 June 2013

PERTARUNGAN ADIK BERADIK MEREBUT JUARA ( GENERASI Y )

Ayam berbulu warna hitam mempunyai sisik babat dan kaki berwarna hitam. Manakala, yang berwarna merah tembaga memiliki warna kaki kuning bercampur tembaga. Apa pandangan anda tentang anak ayam ini.

Tuesday 28 May 2013

Macam-macam tentang Ayam Laga

Maklumat ini tidak tepat 100% , hanya sekadar bahan bacaan dan sebagai rujukan sahaja. Kemaafan dipinta atas sebarang kesulitan dan ketidaktepatan maklumat ini.

1. Balung Ayam:
Balun Ayam yang besar menandakan permainan ayam agak lambat , manakala balung yang kecil  menunjukan teknik yang lebih lincah.

2. Kulit muka:

Kulit muka tebal berkedut-kedut ( seperti muka ayam tua ) menandakan tekniknya yang lambat tetapi lebih tahan menerima pukulan.

Kulit muka yang lembut dan nipis ( seperti muka ayam muda ) menandakan ayam lebih lincah tetapi tidak tahan menerima pukulan.

3. Bentuk kepala

Bentuk kepala yang besar menunjukkan ayam kurang bijak, biasanya ia suka menerima pukulan dan kurang mengelak apabila dipukul.

Bentuk kepala yang lebih kecil boleh dikatakan cerdik dan pandai mengelak setiap kali bertarung.

4. Leher dan Kedudukan Badan

- Tulang leher yang besar mencirikan ayam dari jenis yang bertarung yang tidak menjaga jarak dengan lawannya dan bukan dari jenis yang menolak atau jenis rapat. Ayam yang lehernya lebih kecil besar kemungkinan akan bermain rapat, angkul dan menyelit kiri kanan leher serta masuk sayap kiri dan kanan.

- Bentuk badan ayam  yang berdiri tegap menandakan ayam bermain di atas.
- Badan yang sedikit membongkok  menandakan ayam lebih banyak bermain di bawah.

5. Tulang dada

- Tulang dada panjang menandakan ayam memiliki daya tahan pukul yg baik, pukulan lebih kuat, tapi kurang mampu memukul dalam posisi yang rapat.
- Tulang dada pendek memiliki pukulan yang lengkap dan tepat tapi tidak dapat menahan lama pukulan lawan.


6. Paha

- Jarak kedua paha yg lebar (sama dengan atau lebih besar dari telapak tangan yg dimasukan diantaranya) menandakan pukulan yang kuat. Terlalu lebar pula kurang baik dan kurang tepat pukulannya.
- Jarak kedua paha yg lebih rapat menandakan pukulan yg cepat . Terlalu sempit pukulan tidak sakit.
- Paha yang berbentuk seperti paha belalang memiliki kekuatan dan mempunyai pukulan yang baik dan konsisten.
- Paha yang bulat menandakan pukulan kurang tepat dan semakin lama pertarungan akan semakin kurang kekuatan pukulannya.

Ciri - Ciri Ayam Petarung


Pengenalan :

Ayam Aduan adalah ayam jantan dewasa yang dilatih dan dipelihara khusus untuk dibawa ke dalam arena pertarungan. Mutu ayam petarung ditentukan oleh Gaya Pertarungannya dan struktur Tulangnya. Bukan keaslian bibit atau keturunannya yang menentukannya, ini terbukti kerana setiap bapa ayam dengan anaknya tidak akan sama bentuk fizikalnya sama ada daripada sisiknya, bulunya, corak pertarungannya, kekuatan pukulannya dan ketepatan pukulannya. Pasti ada perbezaannya .Struktur tulang adalah berkait rapat dengan semangat bertarung dan daya tahan yang tinggi terhadap pukulan lawan. Jika ruas tulangnya kecil, ia tidak akan dapat menahan pukulan lawan dalam jangka masa yang lama.
 
Ayam Aduan yang bagus memiliki semangat dan daya tarung yang tinggi, bentuk tubuhnya mantap. Ketika bertarung harus menunjukkan semangat juang yang tinggi (ganas) dan keberanian yang pantang menyerah , tahan sakit dan tahan hati.
 
Sewaktu bertarung pandai sekali mencari dan mengambil posisi yang baik untuk melancarkan pukulan. sewaktu diserang, ia pandai mengelak pukulan lawannya, tanpa mengabaikan kawalan sambil mencari posisi yang baik untuk melancarkan serang balas.

 
Ciri-ciri ayam aduan yang baik secara umum yang perlu diperhatikan adalah:

1.    BENTUK BADAN:
      Bentuk badan yang sesuai adalah panjang (lebih daripada satu jengkal dari pangkal leher ke pangkal ekornya), cara berdiri tegak dan tegap iaitu dari ujung membentuk sudut  60 darjah dan posisi lutut sedikit menekuk ke belakang.

2.    BENTUK TULANG:
      Tulang agak besar, kuat, keras dan rapat. Tulang pangkal sayap besar dan bentuk dadanya bidang. Tulang pangkal leher, tulang sumpit kloaka ( dubur) rapat. Brutu besar dan rapat dengan punggung.

3.    BENTUK KEPALA:
      Kepala bulat berbentuk pinang. mata masuk ke dalam, sipit, dan pancaran sinar matanya jernih. tulang alisnya tebal, menonjol keluar.. muka tebal Paruh berparit (ndekok " jawa) dari lubang hidung ke arah muka.

4.    BENTUK KAKI:
      Kaki panjang, paha seperti paha belalang iaitu rata bahagian dalam,  jari kaki kecil, panjang dan mekar.

5.    BENTUK DAN WARNA BULU:
    Setiap orang yang menternak ayam laga mempunyai kepercayaan sendiri. Tidak perlu untuk diceritakan lebih . Walau bagaimanapun, sedikit perkongsian ilmu, adalah lebih baik jika bulu sayapnya panjang dan lebar. Tidak terlalu keras kerana ia mudah patah. Ada yang menganggap bahawa bulu mempunyai keistimewaan mengikut waktu ia bertarung ( pagi , tengah hari atau petang ). Hanya mereka yang arif tentang ini yang boleh mentafsirkannya.
 
MESEJ :
Maklumat yang dicatat di atas hanyalah sebagai bahan bacaan dan perkongsian ilmu. Jangan terlalu mempercayainya. Pengalaman lebih meyakinkan daripada teori kerana jika kita mencari untuk mendapatkan ciri yang disebutkan di atas adalah terlalu sukar. Mungkin kita akan memperolehinya tetapi memerlukan pengorbanan dari segi kewangan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, yakinlah kepada ayam kita sendiri kerana hanya kita yang mengetahui kekuatan dan kelebihan ayam yang kita pelihara. Terlalu mengejar ayam yang cantik membuatkan kita kehilangan semangat untuk menjaga ayam yang kita miliki sedangkan ayam yang kita miliki juga mempunyai kelebihan. Tidak mustahil ayam local (tempatan) boleh mengalahkan ayam import.

Cara Memandikan Ayam ketika Di Gelanggang

Berikut cara memandikan ayam sebelum bertarung.
(Sumber bahan bacaan ini diperolehi dari internet dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia agar mudah difahami).

* Sebelum memandikan ayam , keluarkan lendir  yang terdapat di dalam lehernya terlebih dahulu dengan memasukkan bulu ayam sambil diputar-putarkan sehinggalah
kerongkongnya bersih dari lender.


*
Jangan memberikan air minum yang berlebihan  kerana
akan
mengakibatkan ayam tadi akan muntah ketika bertarung dan pastikan air tidak masuk ke dalam hidung ayam untuk mengelakkan masalah pernafasan.

 
* Basahkan bahagian kepala, dada, leher, bahagian bawah ketiak dan
ba
hagian atas atau pangkal sayap (bahagian lurah pangkal leher) sampai pada bahagian dubur(kloaka) dan paha. Cuba elakkan daripada membasahkan bahagian sayap. Mandikan ayam sehingga basah kuyup tetapi elakkan daripada menggigil terlalu lama. Selepas itu keringkan untuk memudahkan pergerakkan ayam ketika bertarung.

 
* Basahkan bahagian kepala, dada, leher, bahagian bawah ketiak dan
ba
hagian atas atau pangkal sayap (bahagian lurah pangkal leher) sampai pada bahagian dubur(kloaka) dan paha. Cuba elakkan daripada membasahkan bahagian sayap. Mandikan ayam sehingga basah kuyup tetapi elakkan daripada menggigil terlalu lama. Selepas itu keringkan untuk memudahkan pergerakkan ayam ketika bertarung.


* Pada
pusingan ke-2 dan seterusnya, ayam jangan dulu diberi minum atau
dikeluarkan lendirnya
kerana ia terlalu penat dan boleh memberikan impak yang tidak dijangka seperti mengorok . Mandikan ayam seperti diatas tetapi jangan terlalu basah kuyup kerana tenaga ayam semakin berkurangan. Cukup sekadar menghilangkan kepenatan dan kepanasan badannya. Setelah semuanta selesai barulah keluarkan lendir di lehernya dan berikan air minum dalam kuantiti yang sesuai kerana pusingan yang berikutnya ia akan minum lagi.

 
* Walau bagaimanapun, kita juga harus melihat pada kondisi ayam setelah bertarung dalam setiap pusingan . Jika ayam mengalami banyak kecederaan pada bahagian kepala atau badan sama ada terkena taji lawan atau paruh ayam , maka seelok-eloknya jangan dibasahi dengan air, cukup sekadar mengelapnya dengan kain yang lembab untuk mengelakkan kepedihan akibat luka tersebut.

" Apa-apa pun ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu. Bak kata orang ;
          " Lain ulu, lain parangnya; Lain orang, lain caranya".












 

Saturday 9 March 2013

Analisis Pertarungan

Sedikit demi sedikit saya mempercayai apa yang dimaksudkan oleh para penternak ayam sabung iaitu "Ayam hanya akan kalah dengan ayam". Memang benar kenyataan ini, sebaik manapun ayam kita, sekuat mana pun ayam kita dan seusaha manapun kita menjaga ayam kita, jika ia bertemu dengan lawannya yang juga cukup baik corak pertarungannya, semua pukulan KO susah untuk dikeluarkan.  Hanya kesilapan musuh sahaja yang boleh diamhil peluang. Tidak banyak ayam yang mempunyai keistimewaan mengeluarkan pukulan KO dalam posisi yang sukar.
Apa yang mampu dibuat oleh penternak hanyalah memastikan ayam petarungnya sentiasa siap sedia dengan stamina, kesihatan dan diet badan yang seimbang.
Saya masih lagi menganalisis latihan dalam proses training yang betul dan masa rehat yang tepat serta pengambilan vitamin yang sesuai sebelum diturunkan ke arena pertarungan. Ini adalah dari pemerhatian dan pengalaman. Saat dalam latihan pukulan ayam cukup bagus, stamina bagus dan lincah. Namun dalam pertarungan sebenar berbeza daripada latihan. Di mana silapnya masih belum diketahui.
Masalah ini akan cuba dirungkai untuk mengenal pasti puncanya.

Friday 1 March 2013

LATIHAN AYAM

Inilah salah satu latihan yang dilakukan setiap petang jika cuaca baik. Walau bagaimanapun, jangan terlalu memaksa tenaga ayam kerana ianya juga boleh merosakkan tenaga ayam tersebut dan merosakkan corak pertarungannya. SELAMAT MENCUBA.

Sunday 24 February 2013

Senaman ayam (Sumber Youtube)

 
 
 
 
 
 
Video ini adalah sumber yang diambil dari internet (Youtube). Saya ambil ini sebagai panduan saya sendiri dan para peminat ayam sabung. Hanya keyakinan dan kesabaran yang akan membuat ayam kita bertuah. Walau bagaimanapun, harus diingat juga "yang bertarung adalah ayam, yang mengetahui kekuatan lawannya juga ayam, yang merasai kesakitan bertarung juga ayam. Oleh itu, kita harus bersedia menerima apa juga yang terjadi. Jangan sampai kemenangan menjadikan keriakkan dan kekalahan sebagai kekecewaan. Kalah menang ayam bergantung kepada nasib, kepercayaan , keyakinan dan usaha sebelum bertarung." Lain parang , lain ulunya; lain orang lain caranya. Jangan ikut cara orang lain jika tak sesuai dengan cara kita kerana hanya kita yang mengenali ayam kita sendiri. Peliharalah ayam anda sebaik mungkin kerana percayalah ia akan memberikan yang terbaik untuk anda, jangan sia-siakan. TERIMA KASIH kepada mereka yang memuat naik video ini.