Pages

Tuesday 28 May 2013

Ciri - Ciri Ayam Petarung


Pengenalan :

Ayam Aduan adalah ayam jantan dewasa yang dilatih dan dipelihara khusus untuk dibawa ke dalam arena pertarungan. Mutu ayam petarung ditentukan oleh Gaya Pertarungannya dan struktur Tulangnya. Bukan keaslian bibit atau keturunannya yang menentukannya, ini terbukti kerana setiap bapa ayam dengan anaknya tidak akan sama bentuk fizikalnya sama ada daripada sisiknya, bulunya, corak pertarungannya, kekuatan pukulannya dan ketepatan pukulannya. Pasti ada perbezaannya .Struktur tulang adalah berkait rapat dengan semangat bertarung dan daya tahan yang tinggi terhadap pukulan lawan. Jika ruas tulangnya kecil, ia tidak akan dapat menahan pukulan lawan dalam jangka masa yang lama.
 
Ayam Aduan yang bagus memiliki semangat dan daya tarung yang tinggi, bentuk tubuhnya mantap. Ketika bertarung harus menunjukkan semangat juang yang tinggi (ganas) dan keberanian yang pantang menyerah , tahan sakit dan tahan hati.
 
Sewaktu bertarung pandai sekali mencari dan mengambil posisi yang baik untuk melancarkan pukulan. sewaktu diserang, ia pandai mengelak pukulan lawannya, tanpa mengabaikan kawalan sambil mencari posisi yang baik untuk melancarkan serang balas.

 
Ciri-ciri ayam aduan yang baik secara umum yang perlu diperhatikan adalah:

1.    BENTUK BADAN:
      Bentuk badan yang sesuai adalah panjang (lebih daripada satu jengkal dari pangkal leher ke pangkal ekornya), cara berdiri tegak dan tegap iaitu dari ujung membentuk sudut  60 darjah dan posisi lutut sedikit menekuk ke belakang.

2.    BENTUK TULANG:
      Tulang agak besar, kuat, keras dan rapat. Tulang pangkal sayap besar dan bentuk dadanya bidang. Tulang pangkal leher, tulang sumpit kloaka ( dubur) rapat. Brutu besar dan rapat dengan punggung.

3.    BENTUK KEPALA:
      Kepala bulat berbentuk pinang. mata masuk ke dalam, sipit, dan pancaran sinar matanya jernih. tulang alisnya tebal, menonjol keluar.. muka tebal Paruh berparit (ndekok " jawa) dari lubang hidung ke arah muka.

4.    BENTUK KAKI:
      Kaki panjang, paha seperti paha belalang iaitu rata bahagian dalam,  jari kaki kecil, panjang dan mekar.

5.    BENTUK DAN WARNA BULU:
    Setiap orang yang menternak ayam laga mempunyai kepercayaan sendiri. Tidak perlu untuk diceritakan lebih . Walau bagaimanapun, sedikit perkongsian ilmu, adalah lebih baik jika bulu sayapnya panjang dan lebar. Tidak terlalu keras kerana ia mudah patah. Ada yang menganggap bahawa bulu mempunyai keistimewaan mengikut waktu ia bertarung ( pagi , tengah hari atau petang ). Hanya mereka yang arif tentang ini yang boleh mentafsirkannya.
 
MESEJ :
Maklumat yang dicatat di atas hanyalah sebagai bahan bacaan dan perkongsian ilmu. Jangan terlalu mempercayainya. Pengalaman lebih meyakinkan daripada teori kerana jika kita mencari untuk mendapatkan ciri yang disebutkan di atas adalah terlalu sukar. Mungkin kita akan memperolehinya tetapi memerlukan pengorbanan dari segi kewangan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, yakinlah kepada ayam kita sendiri kerana hanya kita yang mengetahui kekuatan dan kelebihan ayam yang kita pelihara. Terlalu mengejar ayam yang cantik membuatkan kita kehilangan semangat untuk menjaga ayam yang kita miliki sedangkan ayam yang kita miliki juga mempunyai kelebihan. Tidak mustahil ayam local (tempatan) boleh mengalahkan ayam import.

No comments:

Post a Comment