Pages

Saturday 17 August 2013

KEPERCAYAAN PENTERNAK AYAM SABUNG

Para penternak ayam sabung pelbagai tentang ayam masing-masing sama ada dari turunan ayam , bulu, sisik dan termasuklah keganjilan ayam mereka.

Memang agak sukar untuk kita mentafsir ayam orang lain. Namun hanya kita saja yang tahu tentang ayam kita. Setelah kita cuba ayam kita dilagakan, di situlah penilaian kita terhadap ayam yang kita pelihara dari kecil sehinggalah boleh bertarung.

Apabila ayam dilagakan buat pertama kali di situ kita boleh nilai sama ada boleh pergi jauh atau akan terjun ke dalam kuali. Kalau saya, pertama sekali yang akan saya nilai adalah pukulannya. Apabila ayam memukul di mana ia akan memukul? Badan, leher , kepala atau pukul angin. Jika setiap pukulan yang dihayunkan oleh ayam tadi sentiasa kena pada badan, leher dan kepala, maka penilaian seterusnya adalah pada leher. Jika boleh biarlah leher ayam tadi melawan bukan mengalah. Berlainan dengan ayam yang memang kepala lincah. Namun harus diteliti juga ayam yang mainnya lincah tetapi kepala makin lama makin botak pun kurang baik juga, secara logiknya kepala ayam tadi kurang 'save'. Ada ayam kepala macam minta di pukul sahaja tapi yang menghairankan bulu dikepalanya tidak tercabut. Ini bermakna ayam tadi pandai menjaga kepalanya.

Seterusnya akan dinilai dari hati ayam tadi sama ada tahan atau tidak menerima pukulan. Jika terkena pukulan saraf dan ayam tadi terus lari lebih baik dijadikan sup sahaja kerana ayam yang dibawa ke gelanggang bukanlah ayam yang mudah untuk dilarikan.
Oleh itu ayam kita harus tahan memukul dan tahan dipukul.

Tidak semestinya ayam import sahaja yang boleh menang di gelanggang, ayam lokal juga boleh mengalahkan ayam import jika kita membuat pilihan dan penjagaan yang tepat.

Apa-apa pun setiap penternak punya pandangan yang berbeza. Saya menilai ayam berdasarkan pengalaman. Selamat mencuba untuk membuat penilaian terhadap ayam anda.

Peringatan: Ayam akan baik jika dari kecil kita jaga dengan baik.
Kekuatan pokok kayu adalah dari akar dan tunjangnya, kekuatan ayam adalah dari penjagaannya dari kecil hinggalah dewasa. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

1 comment:

  1. SELAMAT PAGI BANG SAYA SUKA BLOG ABANG NE SEBAB MINAT KITA SAMA. KALO SAYA PULA BANG SAYA SUKA TENGOK KEPALA AYAM. KLO KEPALA AYAM TU NDA PNDAI TURUN MSA BUBUK TU LA YG BAGUS,SAMA YG PENTING ADA HUJUNG. SBB KLO MULA2 JA KUAT PAS TU LAST2 XDA PUKULAN NDA BEST GK... HAHAHAHA..

    ReplyDelete